Commercial Break

Wednesday, November 28, 2012

Day 42 ( 4 Disember 2011 ) -Tips mahu elak di datangi haid di tanah suci?

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.


Surah Al Baqarah Ayat 222





Haid. Bagaimana mahu mengelakkan diri agar tidak di datangi haidh semasa berada di tanah suci?

Ini adalah persoalan yang sering berlegar di fikiran hampir setiap jemaah wanita yang mahu menunaikan haji/umrah ke tanah suci.

Memang. Sekiranya di datangi haid banyak faktor yang perlu di ambil kira. Banyak perkara yang seolah-olah terlepas untuk menikmati sepenuhnya waktu di tanah suci.

Alhamdulillah, telah di takdirkan saya tidak di datangi haid sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah.

Apa rahsianya? Bagi diri sendiri, saya tiada rahsia yang spesifik.

Beberapa bulan sebelum berangkat ke Mekah semasa pemeriksaan kesihatan untuk para bakal jemaah, saya bertanya doktor wanita yang sedang memeriksa.

"Doktor, bagaimana mahu memastikan saya tidak di datangi haidh? Ada ubat yang selamat?"

"Tidak perlu, lebih baik jangan makan apa-apa ubat. Doa dan tawakal sahaja kepada Allah," Itu nasihat doktor wanita tersebut.

Kesudahannya, itu yang saya lakukan. Setiap malam sebelum tiba saat untuk berangkat ke tanah suci saya berdoa, tidak putus-putus agar tiada hari yang saya tidak mampu beribadat kepadaNya. Dan hasilnya menggembirakan.

Namun begitu, perkara ini ada tipsnya. Mungkin tidak perlu makan ubat kerana kesan ubat ternyata berbeza kepada individu berbeza. Tips yang saya nyatakan dibawah adalah tips yang di perolehi hanya setelah berkongsi maklumat yang bersumberkan uztazah pembimbing selepas hampir tamat masa di tanah suci.

Apa yang perlu dilakukan ialah amalkan surah-surah dibawah dan berdoa sebelum tarikh datang haidh.

Surah-surahnya ialah :

Surah Yassin - ayat 38
Surah Hud - ayat 44

InsyaAllah, boleh cuba dan bertawakal, moga kita semua di permudahkan.

Monday, November 26, 2012

Day 42 ( 4 Disember 2011 ) - Abadinya pengalaman terakhir di Raudhah

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Surah Assajjadah Ayat 16





Peristiwa ini terjadi selepas Solat Zohor. Saya berkira-kira mahu ke Raudhah. Masih menimbang-nimbang. Sebelum ini sudah lima kali ke Raudhah, dan dengannya datang pelbagai peristiwa dan setiap kali itu juga hati sering berbisik, inilah kali terakhir ke Raudhah. Tetapi sama sahaja seperti waktu-waktu yang terdahulu, perasaan masih membara, masih mahu menjejakkan kaki ke tempat itu setiap kali berada di Masjid Nabawi. Hati meronta-ronta. Mencari-cari alasan. Mahu ke Raudhah lagi.

Berbelah bahagi. Mungkin dengan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk solat Hajat dahulu. Berdoa agar Allah berikan yang terbaik. Jika ada rezeki saya, permudahkanlah Ya Allah.. Rabbi Yassir Wala Tuassir..

Selepas Solat Hajat tiba-tiba saya terasa perut memulas. Sakit perut yang amat. Tidak tertahan. Selalunya saya akan tunggu sahaja sehingga tiba di hotel, kerana hotel amat dekat. Saya tidak pernah ke tandas masjid seorang diri di sini. Tandas di Masjid Nabawi ini berada di tingkat bawah, dan terpaksa pula menuruni tangga atau eskalator. Terasa agak bimbang untuk ke tandas seorang diri.

Namun begitu kali ini rasa itu tidak tertahan. Saya tidak boleh tunggu lagi. Dengan memohon perlindungan Allah, saya melangkah ke tandas. Dan akhirnya Alhamdulilah saya berjaya keluar dari tandas dengan selamat.

Saya masuk semula ke Masjid Nabawi.  Saya membaca Al Quran. Pengawas wanita berjubah hitam telah memulakan tugas mengasingkan jemaah mengikut kumpulan bangsa. Saya tidak kemana-mana. Hanya duduk di satu penjuru meneruskan bacaan. Sambil itu melihat-lihat keadaan. Tiba-tiba hati berbisik. Sekiranya jemaah terlalu ramai saya akan pulang, tidak jadi ke Raudhah. Tepat pukul 1.15 petang saya akan pulang ke hotel. Itu kata hati saya, memberikan pilihan.

Tepat pukul 1.15 petang, saya melihat sekitar. Jemaah yang ramai. Tidak boleh ke Raudhah ni, hati berbisik. Jemaah terlalu ramai. Saya bangun, berdiri. Memulangkan Al Quran di tempatnya. Berjalan-jalan perlahan ke pintu keluar Masjid Nabawi sambil memerhati jemaah wanita yang hiruk pikuk kerana begitulah suasananya setiap kali mahu ke Raudhah. 

Saya tiba di pintu keluar yang biasa di gunakan. Pintu telah ditutup. Saya tidak dapat keluar. Aneh. Tiada jalan keluar. Tiba-tiba saya ternampak pintu di hujung sekali. Pintu itu tidak pernah saya gunakan sebelum ini. Pintu itu agak jauh dari tempat saya berada sekarang, dan saya perlu melalui beberapa kumpulan jemaah yang telah di kumpulkan untuk ke Raudhah sebelum tiba ke pintu keluar tersebut. Saya berjalan perlahan-lahan. Dan saatnya saya melalui kumpulan 'Bahasa Melayu',  tiba-tiba pengawas wanita memerintahkan kumpulan 'Bahasa Melayu' pergi dahulu ke Raudhah. Ya Allah, ini tidak pernah terjadi selama saya di sini. Sebelum ini kumpulan 'Bahasa Melayu' tidak pernah di panggil begitu awal. Tidak pernah jadi kumpulan yang pertama selama saya cuba ke Raudhah. Ini rezeki. Tanpa berfikir panjang saya segera mengikut kumpulan 'Bahasa Melayu' yang telah bangun untuk menuju ke destinasi. Ya Allah. Saya bersyukur.

Alhamdulillah, Allahuakbar. Dalam masa sekejap sahaja, saya dapat masuk ke Raudhah bersama-sama jemaah "Bahasa Melayu" yang lain. Dengan rahmatNya saya dapat solat di beberapa tempat di dalam Raudhah. Bertukar-tukar. Selesai solat yang akhir sekali saya terasa belakang mulai berat. Terasa di tolak dari belakang. Saya melihat kebelakang. Jemaah Indonesia dan Malaysia di belakang saya. Kira-kira 3 baris selang ke belakang, Jemaah Asia Selatan sudah mulai masuk. Menolak dengan tidak sabar. Wajah-wajah cemas jemaah "Bahasa Melayu" di belakang saya jelas kelihatan kerana di tolak sebegitu rupa. Mereka meninggikan suara kepada jemaah Asia Selatan di belakang "Jangan tolak!!" Jemaah Asia Selatan yang sedang menyerbu memang tidak faham. Atau buat-buat tidak faham. Lebih kuat rasa asakan.

Saya segera menyelit sedikit demi sedikit ke tepi hadapan, mencari tiang tempat berpaut. Ternampak tiang besar. Tidak sanggup di tolak sedemikian rupa!!Rabbi Yassir Wala Tu Assir...berulang kali saya mengucapkan dari hati hingga ke lidah. Hanya Allah yang saya ingati kerana saya hanya seorang diri, pada ketika itu.

Akhirnya dalam kepayahan saya berjaya mencapai tiang. Saya menekapkan diri ke tiang. Berdoa lama. Apabila di tolak saya menjadikan tiang tempat berpaut, Saya sudah tidak berani untuk solat lagi selepas ketibaan jemaah-jemaah Asia Selatan. Mereka sangat agresif. Terasa tolakan dan ketidaksabaran mereka. Beberapa ketika kemudian, bukan saya seorang sahaja yang menekapkan diri, malah beberapa jemaah yang Melayu juga turut berbuat demikian.

Akhirnya, pukul 1.45 tepat saya berjalan pulang ke hotel. Itulah kenangan Raudhah terakhir saya pada musim Haji 1432 Hijriah. Saya berdoa ini bukan pengalaman terakhir di sini. Semoga Allah memberi rezeki untuk saya ke sini lagi. 

Hati sayu memberikan salam kepada Rasulullah s.a.w..


Thursday, November 22, 2012

Day 42 ( 4 Disember 2011 )- Makan di Madinah

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Surah Al Maidah Ayat 88




Siapa pernah berkunjung ke tempat ini?


Wednesday, November 21, 2012

Day 41 (3 Disember 2011) - Shopping Kompleks / Supermarket / Kedai di Madinah

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

Surah Ad Dhuha Ayat 5














Monday, November 19, 2012

Day 41 (3 Disember 2011) - Nikmatnya susu segar unta, part 3

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud Ayat 6


Destinasi seterusnya kami dibawa ke ladang unta, tempatnya adalah tidak jauh dari Bukit Magnet. Sebenarnya, dalam perjalanan tadi memang sudah kelihatan banyak unta-unta yang dibela di ladang-ladang ini.

Kali pertama kami mengalami pengalaman yang menarik, kerana kami di benarkan masuk ke dalam ladang unta itu sendiri, berdiri di celah-celah unta dan dibenarkan menyentuh unta sekiranya berani. Bau semerbak tahi unta terawang-awang menyambut kami.

Saya tidak berani menyentuh badan unta, tetapi pendapat saya unta sememangnya binatang yang 'pemalu'. 

Dan apa yang paling menarik, kami juga di beri peluang menyaksikan susu unta di perah, dan akhirnya kami di jamu dengan susu yang segar, yang baru di perah di hadapan mata kami sebentar tadi!


Harganya 5 riyal semangkuk. Walaupun melihat cara penyediaan (i.e. memerah, menapis dan etc) susu unta tersebut agak kurang bersih disamping harganya agak mahal juga kami memutuskan untuk tetap mencuba kerana memikirkan inilah mungkin peluang hendak merasa susu unta yang segar. Rasanya memang lazat berkrim dan kelemakannya agak lebih berbanding susu lembu atau kambing segar yang mudah kita perolehi di Malaysia. Syukur juga tiada sebarang kemudharatan menimpa selepas itu!

Telah berkurun lamanya susu unta dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya ialah dapat mengubati sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas , kencing manis, menguatkan gigi dan menjaga gusi .

Saya rasa tak sampai hati nak sebut ini tetapi AIR KENCING UNTA juga dipercayai mampu di jadikan ubat! Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid, ilmuwan Saudi yang juga pekerja King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.  Wallahualam.





Di kelilingi oleh unta, ia suatu pengalaman yang menarik



Pertunjukan 'live' cara-cara perah susu



Susu Unta



Cuba lihat mengapa unta kat bawah ni makin lama makin mendekat?








Patutla...rupa-rupanya suami ‘mengumpan’ unta dengan menunjukkan susu yang telah di perah tadi.


Sudah puas 'bermain-main' dengan unta, kami berehat dan menikmati pemandangan di sini. Kawasan ini memang santai, ada juga tempat melepaskan lenguh kaki disediakan sementara menunggu susu diperah, ditapis dan diagihkan. Dan kesempatan inilah yang di ambil untuk mencuci mata dan memuji keindahan alam sekeliling.






Ia sememangnya kenangan yang tidak dapat saya lupakan.

Monday, November 12, 2012

Day 41 (3 Disember 2011) - Bukit Magnet menarik kami (Wadi El Baida), part 2.

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah Al Baqarah Ayat 29



Tuan Haji yang memandu memberhentikan enjin kereta dan mengubahnya kepada gear neutral. Kami berdebar-debar menanti. Sunyi sedetik di dalam kereta. Hening sejenak. Yang di dengari hanya bunyi nafas dan degupan jantung sendiri. Secara perlahan-lahan kereta yang telah di matikan enjin tadi, bergerak sendiri. Bergerak menuju ke satu arah. Ke Wadi El Baida atau lebih di kenali dengan nama Bukit Magnet di kalangan jemaah berbangsa melayu. Sinonim dengan namanya, dan seakan di beri kuasa, Bukit Magnet akan menarik sebarang kenderaan untuk bergerak ke arahnya walaupun enjin telah di matikan. Kedudukan tanah tidak menurun, tidak juga mencuram naik. Ia hanya rata. Kami di kedudukan lebih kurang 3 kilometer jaraknya dengan Bukit Magnet semasa enjin kereta diberhentikan.

Pergerakan kereta yang pada mulanya perlahan, menjadi semakin laju. Semakin laju dan akhirnya kelajuan mencapai sehingga 130 KM/jam. Kami teruja. Kami bersyukur. Kami gembira. Wajah-wajah riang di dalam kereta terserlah kerana dapat menikmati pengalaman sebegini. Jika diikutkan, kereta boleh pergi lebih laju tetapi Tuan Haji memohon kebenaran untuk menggunakan brek atas sebab keselamatan! Apa yang lebih mengujakan adalah melihat kenderaan-kenderaan yang lebih besar (Bas, Trak dan sebagainya) turut sama bergerak sendiri.

Itulah suasana dan keadaan yang amat mengkagumkan di Bukit Magnet.

Sebelum itu, untuk sampai ke lokasi ini, perjalanan yang dilalui agak jauh juga. Bagaimanapun tidak membosankan kerana sepanjang perjalanan kami dapat melihat kota Madinah dengan lebih dekat lagi ketika menyusuri kawasan perumahan, kawasan komersil dan juga ladang-ladang. Madinah ternyata indah. Panorama alam dan deretan bukit bakau yang menghiasi kota nabi ini jelas memukau pandangan mata.

Gunung berbatu, hamparan pasir dan pohon-pohon unik adalah tarikan perjalanan dari Madinah ke destinasi ini. Pokok-pokok yang merimbun melindungi dari teriknya panas matahari. 

Setelah bergerak selama kira-kira 30 minit dari Masjid Nabawi kami pun tiba di tempat yang dituju. Dan seterusnya menikmati pengalaman kereta bergerak sendiri bagai ditarik magnet. Kawasan persekitaran Bukit Magnet yang terletak sekitar 30 km dari kota Madinah ini juga begitu cantik pemandangannya walaupun dikelilingi pasir kering yang hanya dihiasi pohon-pohon gurun yang renek.


Menurut pemandu kami, selain daripada keajaiban kuasa magnet, tempat ini juga terkenal sebagai tempat rekreasi kerana cantiknya pemandangan di sini. Kebanyakan penduduk tempatan akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga setiap hari Khamis dan Jumaat untuk berkelah.

Oleh kerana uniknya tempat ini, maka ada penduduk tempatan yang menyediakan perkhidmatan kenderaan untuk jemaah haji atau pelawat ke tempat ini.  Caj yang dikenakan oleh mereka ialah sekitar SR100 - 150 ( kenderaan persendirian) atau SR20 - SR40 (bas).

Terkesima kami mendengar caj SR100-150 yang di kenakan. Syukur alhamdulillah atas jasa baik insan-insan yang tidak kami kenali sebelum ini kami sampai juga ke tempat ini secara percuma! Jazakallah kepada semua dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua..









Setelah puas makan aiskrim dan menikmati pemandangan di sini, kami akhirnya meneruskan perjalanan ke destinasi menarik yang seterusnya..

Thursday, November 1, 2012

Iconoclasm di Bumi Haramain


Untuk renungan bersama, artikel berikut dipetik daripada link ini >>>>>>http://saifulislam.com/?p=208


Iconoclasm di Bumi Haramain


Bangunan lama sudah tiada
Ia satu bentuk ICONOCLASM.


Iconoclasm is the deliberate destruction of religious icons and other symbols or monuments, usually with religious or political motives. It is a frequent component of major political or religious changes. The term encompasses the more specific destruction of images of a ruler after his death or overthrow (damnatio memoriae), for example, following Akhenaten’s death in Ancient Egypt.wikipedia

ICONOCLASM bukanlah ciri yang patut dikhususkan dan ditujukan hanya kepada ‘Wahhabiah’.

Ia wujud dalam semua bentuk gerakan Islah dan Tajdid, hatta reformasi dalam agama lain. Orang Kristian pun ada Calvinist Iconoclasm.

Kerana mahu mendalami Islah dan Tajdid sebagai cabang Sejarah Islam, saya perlu menambah pengetahuan dan kefahaman berkenaan hal ini. Teringat juga desakan Gerakan Kadizadeli yang mahu agar Balai Cerap Taqi al-Din dimusnahkan dan ia telah dimusnahkan pada 1580.



‘PEMBANGUNAN’ DI MEDAN MU’TAH, JORDAN

Semasa belajar dulu, saya mendiami kawasan al-Mazar al-Janubi di wilayah al-Karak, selatan Jordan. Perkampungan ini merupakan bekas tempat berkubunya tentera Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa perang Mu’tah. Ada tiga makam sahabat di keliling rumah kami, di dalam bangunan serba sederhana, sejuk, dikelilingi pokok zaitun yang rendang. Kebanyakannya dibina di zaman pentadbiran Uthmaniah.

Jaafar bin Abi Thalib.

Zaid ibn Harithah.

Abdullah bin Rawahah.

Radhiyallahu ‘anhum.
Pada tahun 1995, semasa saya menziarahi makam Abu Ubaidah al-Jarrah radhiyallahu ‘anhu, ia hanya bangunan kecil dan tiada nilai ‘komersil’ atau pelancongan. Sesekali menyinggah, penghayatan terhadap Sirahnya lebih berkesan. Pada tahun 2000, segalanya berganti kompleks canggih dan mewah. Sejarah semakin terpencil hanya di dalam buku

Sesekali menziarahi makam mereka untuk mengukuhkan penghayatan Sirah Nabi sallallaahu alayhi wa sallam, ia sungguh mendamaikan. Setakat beberapa tahun saya di sana, tiada pulalah sebarang bid’ah dilakukan di makam-makam itu, kecuali maqam Jaafar al-Tayyar radhiyallahu anhu yang setiap 10 Muharram akan dikunjungi oleh syiah berbas-bas dan buat ritual meratap meraung, menangis.

Makam-makam itu kemudiannya dimusnahkan pada pertengahan 1990′an.
Selepas semuanya dimusnahkan, makam-makam itu menjadi sebahagian Kompleks Besar yang mewah, warna emas berkilau pada jeriji-jeriji besi dan malangnya bid’ah puak Syiah setiap 10 Muharram itu sama sahaja, tidak tertegah pun.

Memusnahkan segala kesan sejarah di Mekah dan kini di Madinah pula (Masjid Abu Bakr, Umar, Kubah hijau di makam Nabi sallallaahu alayhi wa sallam dll), saya yang jahil ni belum pasti berkenaan hujah berdalil-dalil naqli. Tetapi iconoclasm Arab Saudi terhadap kesan sejarah, menggantikan semuanya dengan bangunan super hebat metropolitan, saya sangat sedih dan terasa aib kepada anak-anak saya serta generasi Muslim akan datang.

LAPORAN TERKINI DI THE INDEPENDENT UK:

Three of the world’s oldest mosques are about to be destroyed as Saudi Arabia embarks on a multi-billion-pound expansion of Islam’s second holiest site. Work on the Masjid an-Nabawi in Medina, where the Prophet Mohamed is buried, will start once the annual Hajj pilgrimage ends next month. When complete, the development will turn the mosque into the world’s largest building, with the capacity for 1.6 million worshippers.
But concerns have been raised that the development will see key historic sites bulldozed. Anger is already growing at the kingdom’s apparent disdain for preserving the historical and archaeological heritage of the country’s holiest city, Mecca. Most of the expansion of Masjid an-Nabawi will take place to the west of the existing mosque, which holds the tombs of Islam’s founder and two of his closest companions, Abu Bakr and Umar.
Just outside the western walls of the current compound are mosques dedicated to Abu Bakr and Umar, as well as the Masjid Ghamama, built to mark the spot where the Prophet is thought to have given his first prayers for the Eid festival. The Saudis have announced no plans to preserve or move the three mosques, which have existed since the seventh century and are covered by Ottoman-era structures, or to commission archaeological digs before they are pulled down, something that has caused considerable concern among the few academics who are willing to speak out in the deeply authoritarian kingdom.
“No one denies that Medina is in need of expansion, but it’s the way the authorities are going about it which is so worrying,” says Dr Irfan al-Alawi of the Islamic Heritage Research Foundation. “There are ways they could expand which would either avoid or preserve the ancient Islamic sites but instead they want to knock it all down.” Dr Alawi has spent much of the past 10 years trying to highlight the destruction of early Islamic sites.
With cheap air travel and booming middle classes in populous Muslim countries within the developing world, both Mecca and Medina are struggling to cope with the 12 million pilgrims who visit each year – a number expected to grow to 17 million by 2025. The Saudi monarchy views itself as the sole authority to decide what should happen to the cradle of Islam. Although it has earmarked billions for an enormous expansion of both Mecca and Medina, it also sees the holy cities as lucrative for a country almost entirely reliant on its finite oil wealth.
Heritage campaigners and many locals have looked on aghast as the historic sections of Mecca and Medina have been bulldozed to make way for gleaming shopping malls, luxury hotels and enormous skyscrapers. The Washington-based Gulf Institute estimates that 95 per cent of the 1,000-year-old buildings in the two cities have been destroyed in the past 20 years.
In Mecca, the Masjid al-Haram, the holiest site in Islam and a place where all Muslims are supposed to be equal, is now overshadowed by the Jabal Omar complex, a development of skyscraper apartments, hotels and an enormous clock tower. To build it, the Saudi authorities destroyed the Ottoman era Ajyad Fortress and the hill it stood on. Other historic sites lost include the Prophet’s birthplace – now a library – and the house of his first wife, Khadijah, which was replaced with a public toilet block.
Neither the Saudi Embassy in London nor the Ministry for Foreign Affairs responded to requests for comment when The Independent contacted them this week. But the government has previously defended its expansion plans for the two holy cities as necessary. It insists it has also built large numbers of budget hotels for poorer pilgrims, though critics point out these are routinely placed many miles away from the holy sites.
Until recently, redevelopment in Medina has pressed ahead at a slightly less frenetic pace than in Mecca, although a number of early Islamic sites have still been lost. Of the seven ancient mosques built to commemorate the Battle of the Trench – a key moment in the development of Islam – only two remain. Ten years ago, a mosque which belonged to the Prophet’s grandson was dynamited. Pictures of the demolition that were secretly taken and smuggled out of the kingdom showed the religious police celebrating as the building collapsed.
The disregard for Islam’s early history is partly explained by the regime’s adoption of Wahabism, an austere and uncompromising interpretation of Islam that is vehemently opposed to anything which might encourage Muslims towards idol worship.
In most of the Muslim world, shrines have been built. Visits to graves are also commonplace. But Wahabism views such practices with disdain. The religious police go to enormous lengths to discourage people from praying at or visiting places closely connected to the time of the Prophet while powerful clerics work behind the scenes to promote the destruction of historic sites.
Dr Alawi fears that the redevelopment of the Masjid an-Nabawi is part of a wider drive to shift focus away from the place where Mohamed is buried. The spot that marks the Prophet’s tomb is covered by a famous green dome and forms the centrepiece of the current mosque. But under the new plans, it will become the east wing of a building eight times its current size with a new pulpit. There are also plans to demolish the prayer niche at the centre of mosque. The area forms part of the Riyadh al-Jannah (Garden of Paradise), a section of the mosque that the Prophet decreed especially holy..
“Their excuse is they want to make more room and create 20 spaces in a mosque that will eventually hold 1.6 million,” says Dr Alawi. “It makes no sense. What they really want is to move the focus away from where the Prophet is buried.”
A pamphlet published in 2007 by the Ministry of Islamic Affairs – and endorsed by the Grand Mufti of Saudi Arabia, Abdulaziz al Sheikh – called for the dome to be demolished and the graves of Mohamed, Abu Bakr and Umar to be flattened. Sheikh Ibn al-Uthaymeen, one of the 20th century’s most prolific Wahabi scholars, made similar demands.
“Muslim silence over the destruction of Mecca and Medina is both disastrous and hypocritical,” says Dr Alawi. “The recent movie about the Prophet Mohamed caused worldwide protests… and yet the destruction of the Prophet’s birthplace, where he prayed and founded Islam has been allowed to continue without any criticism.”
Mecca and Medina in numbers
12m The number of people who visit Mecca and Medina every year
3.4m The number of Muslims expected to perform Hajj (pilgrimage) this year
60,000 The current capacity of the Masjid an-Nabawi mosque
1.6m The projected capacity of the mosque after expansion
Saya memetik video dan akhbar Independent di atas, bukan bermaksud saya menyetujui keseluruhan isi kandungannya.

Saya mempunyai pendirian sendiri dalam penggunaan istilah Wahhabiyyah, dan saya tidak terlepas pandang pada memberikan penghormatan dan penghargaan kepada usaha gigih pemerintah Arab Saudi memperbaiki infrastruktur serta kemudahan jemaah Haji di Haramain. Tumpuan saya di dalam artikel ini hanya berkenaan perobohan secara besar-besaran seluruh kesan tinggalan sejarah di Mekah dan Madinah…

Haramain kali terakhir saya menziarahinya, hanya tinggal kenangan dalam ingatan…

HASRIZAL
43000 BSP