Commercial Break

Monday, October 22, 2012

Day 41 (2 Disember 2011) -Jumaat di Madinah

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Surah Ar Ruum Ayat 6



Hari Jumaat di Madinah..

Pagi ni kami pergi ke Masjid Quba lagi. Caranya amat mudah. Dari hotel Al Haram kami akan berjalan ke Masjid Nabawi dan kemudian menyusuri permaqaman Baqi. Apabila tiba ke penghujung permaqaman terdapat deretan kedai-kedai di kawasan masjid dan di sini lah terdapat banyak teksi dan van yang menanti untuk membawa ke Masjid Quba. Harganya cuma sekitar 2-3 riyal seorang dan selalunya kita kena tunggu teksi atau van itu penuh sebelum bergerak sama seperti ketika di Mekah untuk bermiqat Umrah. 

Melalui Masjid Nabawi


Keadaan di Masjid Quba hari ini sangat berbeza dengan semalam. Hari ni Masjid Quba sangat lengang berbanding hari-hari yang lain. Mungkin kerana hari Jumaat? Sempat saya mengambil gambar mengecapi ketenangan di Masjid Quba.

Gambar di bawah ni di ambil di tingkat atas tempat sembahyang wanita.





Gambar kawasan solat lelaki di bahagian bawah ni di ambil dari tingkat atas.





Hari ini hari Jumaat. Di Madinah, peluang untuk merasai suasana bersolat Jumaat di Masjid Nabawi tidak boleh sesekali di lepaskan. Istimewanya di Masjid Nabawi, tempat solat wanita di khaskan dan di peruntukkan kepada wanita untuk sama-sama bersolat Jumaat. Rasai, nikmati dan sepenuh hati merasai pengalaman solat Jumaat di sini. Walaupun ia terlakar di minda, perasaan ini tidak sesekali dapat di coretkan dengan mata pena sahaja. 

Selepas solat Jumaat, saya cuba ke Raudhah. Perjalanan ke Raudhah kali ini adalah pengalaman yang agak menggusarkan kerana ramainya jemaah yang turut mencuba. Sebab mengambil kira keadaan inilah saya menggalakkan jemaah Melayu yang lemah lembut agar ke Raudhah pada waktu malam sahaja. Boleh rujuk entri ini http://www.ijaie.blogspot.com/2012/10/day-40-1-disember-2011-part-1-tips.html

Satu lagi keistimewaan Jumaat di sini yang pasti tidak akan di lupakan oleh para jemaah, ialah kebanyakan kedai ditutup. Ia adalah hari cuti bagi penduduk Madinah.Jadi kedai-kedai di sekitar Masjid Nabawi sangat lengang, tidak seperti biasa.


Lengang dan santai, kebanyakan kedai di tutup.


Dan kini, bertambahnya hari di sini, cuaca di Madinah sekarang sangat kering dan sejuk, seakan mengingatkan kami bahawa masa kami di sini semakin suntuk. Kerinduan sudah terbayang di ruangan mata.

Sejuk dan kering di sini mencengkan sehingga ke tulang. Tiada peluh yang berani untuk keluar. Nasib baik dalam bilik hotel kami ada water heater. Kalau tidak tak mungkin saya berani untuk mandi!!

No comments:

Post a Comment