Commercial Break

Monday, September 10, 2012

Day 37 (28 November 2011, part 1)-Tips Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Janganlah melakukan perjalanan kecuali untuk mendatangi tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan masjid al-Aqsa.” 

[Mutafak alaih]

Masjid Nabawi

Pukul 3.00 pagi. Hari kedua di Madinah. Saya dan suami mulai bergerak berjalan kaki bersama-sama menuju ke Masjid Nabawi untuk berqiyamullail dan menunggu masuk solat Subuh.

Dalam perjalanan, kami berteka teki sesama sendiri. Di Masjid Nabawi, jemaah wanita tidak dibenarkan membawa masuk handphone ke dalam masjid. Jika tidak jemaah tidak di benarkan masuk ke masjid dan paling pun tidak, akan di minta menyerahkan handphone di pintu masjid Nabawi. Di fikiran saya, sudah terbayang pintu masuk wanita yang di kawal ketat oleh pegawai wanita yang berjubah dan berpurdah hitam. Kawasan jemaah lelaki tidak begitu. Mereka di benarkan membawa handphone atau kamera. Persoalannya, bagaimana mahu menghubungi suami sekiranya ada aral yang meghalang kami berjumpa di tempat yang di janjikan? Masjid Nabawi tidak sama dengan Masjidil Haram. Lelaki adalah di larang sama sekali untuk memasuki kawasan jemaah wanita.



                                                          picture : suziey.com
Akhirnya persoalan itu tidak berjawab. Saya memberitahu suami, InsyaAllah pasti ada jalannya walaupun saya sendiri masih samar-samar. Dengan confidentnya saya membawa handphone bersama. Akhirnya kami berpisah apabila hampir menghampiri kawasan jemaah wanita.

Saya beratur, menunggu untuk di periksa. Mereka (pegawai masjid wanita yang berjubah dan berpurdah hitam ini) akan melihat isi beg dan meraba tubuh jemaah (macam inskpektor polis yang sering di lihat di tv tu) untuk memeriksa samada ada sebarang barang yang dilarang masuk ke masjid dibawa bersama. Saya memegang handphone dengan kemas di dalam genggaman. Janganla apa-apa terjadi kepada handphoneku.  Tiba-tiba jemaah wanita Indonesia di hadapan saya, seakan mengetahui gusar di hati ini menunjukkan handphone saya dan menunjukkan ke arah stoking. "Masuk sini, ibu," katanya, memberi petunjuk bahawa handphone harus di masukkan ke dalam stoking agar tidak dijumpai.

Saya melihat ke arah stokingnya. Ok, stokingnya tebal dan panjang. Memang sesuai untuk menyorokkan barang. Saya bandingkan dengan stoking yang saya sedang pakai ketika itu. Aduh. Agak pendek dan agak nipis. Tidak setebalnya. Tidak mungkin saya dapat meyorokkan hanphone tanpa di jumpai. Allah.. Tiba-tiba saya terfikir dan mendapat ilham. Saya segera menyorokkan handphone di dalam skaf/anak tudung yang tebal. Berdoa dan bertawakal agar tidak di jumpai. Akhirnya tiba giliran saya untuk di periksa. Dup..dup..dup dan akhirnya Alhamdulillah. Pegawai wanita tidaklah sampai memeriksa di dalam anak tudung. Saya dibenarkan masuk. Ya Allah lega. Selamat handphone peneman setia. Wah terasa seperti di zaman sekolah dulu-dulu apabila diperiksa oleh pengawas sebelum memasuki perhimpunan atau semasa sessi semakan mingguan di asrama :-)


Untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi, tips-tips di bawah mungkin berguna:-


1) Jangan terang-terangan membawa handpone atau kamera bagi jemaah wanita. Jika berjaya membawa masuk handphone, jangan lupa tukar kepada “SILENT MODE’. Kalau lupa ucaplah hai-hai bye-bye kepada handphone anda siap-siap sekrianya ia berbunyi di dalam masjid. Walaubagaimanapun, jangan lah kita terlalu kerap menggunakan handphone kita di dalam masjid sehingga melanggar tujuan asal kita ke sana untuk beribadat. Anggaplah tindakan kita ‘menyeludup’ membawa masuk handphone ke dalam masjid lebih kepada tujuan kemudahan, kecemasan dan keselamatan.

2) Jemaah yang membawa kanak-kanak kecil pastikan anak anda tidak membawa bersama mainan yang berbentuk haiwan, manusia karakter kartun atau yang sumpama dengannya. Pastinya akan di rampas. 

3) Pastikan jemaah ingat di rak nombor berapa dan nama pintu anda meletak kasut. Kalau boleh simpan kasut di dalam uncang kasut. 

4) Al Quran sangat banyak di sediakan di Masjid Nabawi, jadi anda mungkin tidak perlu membawa Quran, kecuali tafsir Quran yang anda gemari 

5) Kalau boleh bawa sejadah, untuk standby sekiranya masjid sudah di penuhi, mungkin anda terpaksa sembahyang di lantai. lantai masjid sangat sejuk sehingga ke tulang sekiranya ia musim sejuk di Madinah! Tips ini juga berguna bagi mereka yang alergik habuk...ha sejadah jangan sesekali di tinggal. Masjid Nabawi sememangnya sentiasa di bersihkan dari masa ke semasa, tetapi jangan di pandang ringan virus yang dibawa dari merata dunia oleh jutaan jemaah yang berkunjung ke masjid ini. 

Harapnya tips yang sedikit ini dapat membantu, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Masa saya pergi Umrah Mac lepas, ada sekali tu terbawak handphone dan lupa nak selit kt tpt yg lebih strategik (selalunya tak bawak. kalau bawak pun sorok baik2).

    Sudahnya Polis ni panggil saya "Hajjah! Hajjah! AMANAH" dia tunjuk ke bilik sebelah pintu. Ohh rupanya dia suruh simpan hp tu kat bilik simpanan. Dia bagi kad mcm kita simpan bag kt mall2. Bila balek claim balik. :)

    ReplyDelete