Commercial Break

Tuesday, June 5, 2012

Day 35 (26 November 2011, Part 2b)-Tips mencium Hajar Aswad

 Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Surah Al Luqman Ayat 30
Tips-tips mencium Hajar Aswad:

1) Solat Hajat sebelum pergi mencium Hajar Aswad. Mohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar di permudahkan dan niatkan dengan ikhlas semuanya kerana mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

2) Tanggalkan semua barang-barang berharga dari tubuh anda seperti beg, cermin mata dan kamera kerana ada potensi barang-barang ini akan jatuh, dan sekiranya jatuh maka ‘selamat’lah barang-barang tersebut kerana dipijak atau hilang dari pandangan mata sekiranya terjatuh.

3) Tidak kira musim Haji atau Umrah orang ramai sentiasa berebut-rebut mahu mencium Hajar Aswad. Mungkin ada masa-masa tertentu seperti 1 jam sebelum solat misalnya, jemaah di kehendaki beratur untuk mencium Hajar Aswad, di waktu musim Umrah tetapi itu adalah mustahil di musim Haji. Amalan ini tidak dipraktikkan kerana terlalu ramainya orang. Maka kawasan di sekitar Hajar Aswad ialah 'black area'. Di kawasan ini amat hebat tolakannya. Sekiranya anda terus menuju ke Hajar Aswad tanpa strategi tertentu, anda pasti akan di tolak oleh arus pergerakan ke kiri dan kanan, dan akhirnya anda pasti akan terkeluar jauh dari tujuan asal mencium Hajar Aswad. Kita yang bertubuh kecil berbanding bangsa-bangsa yang lain pasti tidak mampu untuk mengelak dan menahan diri dari tolakan gagah bangsa-bangsa yang lebih bertubuh besar.

4) Jadi, apakah cara yang paling sesuai dan selamat? Cara yang tidak mengasari orang lain dan di samping itu, 'arus' sendiri yang membawa anda ke Hajar Aswad? Tanpa anda perlu menolak dan berebut?

5)Caranya ialah anda pergi ke Multazam dahulu. Semasa berada di Multazam, cuba untuk berada sehampir mungkin dengan dinding Kaabah. Sedekat yang mungkin, serapat yang boleh. Pastikan tangan anda menyentuh dinding Kaabah dan tubuh badan anda kuat berpaut pada dinding Kaabah. Rapatkan diri betul-betul di hadapan dinding Kaabah, pastikan diri anda berada berhampiran dengan polis yang menjaga Hajar Aswad, kerana berhampiran polis tersebut ada divider. Sekiranya anda berjaya ke situ dan memegang divider tersebut, anda mempunyai pertahanan yang kuat. Sekiranya anda berada di sini, anda akan semakin di tolak ke hadapan menghampiri Hajar Aswad. Di hadapan Hajar Aswad ada arus pergerakan ke hadapan dan ke belakang akibat rempuhan dari pelbagai arah. Sekiranya arus manusia di hadapan anda ke hadapan, segera ambil peluang mencium Hajar Aswad dan segeralah keluar dari kesesakan.


6)Yang paling penting haruslah di ingat bahawa mencium Hajar Aswad adalah sunat, bukan wajib. Jangan kerana mengejar yang sunat kita lakukan yang haram contohnya mengasari dan menolak orang lain semata-mata untuk mencapai objektif sunat.
 


2 comments:

  1. Akan saya gunakan tips ini bila kesana nanti :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..selamat berjaya ya

    ReplyDelete