Commercial Break

Wednesday, May 2, 2012

Day 34 (25 November 2011, Part 3) -Jemaah Haji seluruh negara

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Surah Al Kahfi Ayat 109




Hari ini, hari ke 34, 25 November 2011..pukul 2.45 pagi.

Mengimbau kembali saat yang sama seperti ini, tetapi lebih kurang sebulan yang lalu...

Menjejakkan kaki di pintu Shameia, mata segera memerhati saf-saf yang telah di penuhi ramai jemaah wanita, walaupun waktu solat hanya akan masuk lebih kurang 2 jam kemudian. Pelbagai aktiviti yang sedang mereka lakukan, ada yang solat sunat, berzikir, membaca Al Quran dan tidak kurang juga ada yang sedang berbual dengan rakan sebelah atau sekumpulan. Malah ada juga yang tidur, mungkin keletihan, mencuri masa mengumpul tenaga sementara menunggu masuknya waktu solat. Suara-suara bagaikan tebuan tinggi dan rendah mencecah halwa telinga. Tidak jelas kedengaran butirnya.

Mata memerhati lagi, satu-satu ruang antara jemaah yang sesak, kalau-kalau ada tempat yang kosong. Yang pastinya saf di bahagian hadapan diperhatikan dan menjadi pilihan hati kerana tiada penghadang yang dapat menghalang dari mata melihat Kaabah secara terus. Bila mata menangkap tempat yang di idami, kaki segera melangkah, di celah-celah jemaah yang lain, cuba untuk tidak melangkah mereka, sejadah mereka atau Al Quran mereka. Jangan terkejut sekiranya sejadah atau Al Quran anda di pijak. Kadang-kadang sensitiviti itu tiada dek mahu memastikan saf yang di idami berada di genggaman. Hanya istighfar dan sabar menjadi peneman. Melangkah di celah-celah jemaah yang lain, muka harus tebal, jangan malu-malu sekiranya tempat yang istimewa menjadi idaman.

Tiba di tempat idaman, mata berbicara dengan jemaah di situ, menyoal adakah tempat tersebut sudah ada yang empunya. Anggukan yang di terima di sambut dengan senyuman, Alhamdulillah kerana tempat idaman menjadi milik sendiri. Jika tegahan atau penolakan yang diterima, hanya boleh redha dan terus mencari-cari pilihan yang lain.

Masa dua jam menunggu ketibaan solat fardhu, akan di penuhi dengan solat sunat, berzikir atau membaca Al Quran. Kadang-kadang berbicara dengan teman sebelah yang berlainan bangsa dan negara. Walaupun bahasa tidak di fahami, tetapi perbualan ayam dan itik ini sangat berjaya di sini. Islam yang menyatukan antara dua bangsa yang amat berbeza budaya dan keturunan, malah paras dan rupa bentuk telah mengikat dua jiwa dalam satu perbualan. Hati telah jatuh kasih dengan persaudaraan sesama Islam.

Dan kini, saat ini pada hari ini...

Masa yang sama cuma hari yang berlainan. Pandangan sayu menembusi saf-saf yang mulai kosong. Kawasan sekitar pintu As-Shameia dan An-Nadwa yang mulai lengang. Dengan segera tempat yang di idami mudah sekali menjadi milik sendiri. Hati merindui 'kesesakan' yang di alami dahulu. Masjidil Haram yang amat penuh dan sangat anehnya saya dambakan saat-saat seperti itu! Wajah-wajah yang di pernah di kenali di sini mulai melintas satu persatu. Pastinya saya tak akan menemui mereka lagi di dunia ini, kecuali dengan kuasa Allah s.wt. Dan pastinya saya akan merindui pegawai-pegawai masjid yang kini wajah mereka mulai lembut berbanding wajah keras semasa kami mulai tiba di sini dahulu. Amat memahami tugas mereka, mereka perlu berkeras begitu terutama dengan jemaah yang berdegil.


 
Lengang...


 
Sunyi





Hanya beberapa orang sahaja..


Sepanjang masa di sini, sejak sebulan lalu, sempat juga saya mengambil gambar jemaah haji dari negara lain secara curi-curi...



Afghanistan.





Malawi rasanya.


Indonesia.






Iran.

Iraq.




Afrika.



Pakistan.




Turkiya.



Afghanistan



Kano



India kot



Turki


Asia Tenggara. Tak pasti dari mana, suami dan isteri yang membaca Al Quran bersama-sama.


Dan pelbagai lagi bangsa yang mempunyai pelbagai bentuk 'seragam' dan pakaian yang berbeza..



2 comments: