Commercial Break

Saturday, February 4, 2012

Day 13 - (5 November 2011 ) Part 2 - Mabit di Muzdalifah

Dari Aisyah r.a berkata:

"Apabila Rasulullah s.a.w pergi ke tempat tidurnya setiap malam, beliau mengumpulkan kedua tangannya, lalu meniupkan padanya lalu membacakan padanya: Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq, dan Surah An Naas. Kemudian mengusapkannya ke badannya mulai dari kepala dan wajahnya, dan badan sebelah depan, baginda melakukannya tiga kali."

Hadis Riwayat Al Bukhari


Hari yang sama. Selepas Maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah dari Arafah untuk melaksanakan salah satu Wajib Haji iaitu Mabit(bermalam) di Muzdalifah.  Seperti biasa, kami bergerak mengikut kumpulan dengan menaiki bas. Sekali lagi, perjalanan berjalan dengan lancar.

Bas menurunkan kami di Muzdalifah yang luas. Ia adalah kawasan lapang yang tiada berbumbung. Angin sejuk Muzdalifah menampar pipi, seakan menyambut kedatangan kami. Hawa terasa dingin, mencengkam hingga ke tulang. Bayangkan kesejukan yang di alami oleh jemaah lelaki yang hanya memakai pakaian ihram?

Namun begitu, saya dan suami masih mampu menahan kesejukan tersebut. Tuhan beri kami kekuatan. Alhamdulillah.

Mudzalifah adalah antara cabaran yang sangat besar bagi mereka yang tua, uzur atau sakit.Selain hawa sejuk, debu dan habuk memenuhi ruangan udara dan ianya berterbangan setiap kali bas atau kenderaan melintasi kawasan kami. Terasa perit hingga ke tekak.

Beginikah keadaannya di zaman Rasulullah s.a.w?

Di sini kami mengutip anak batu untuk persediaan melontar di Jamrah untuk hari-hari yang berikutnya. Ingat, kutip ANAK BATU, bukan BAPA BATU. Batu-batu tersebut sepatutnya bersaiz kecil dan afdalnya sebesar satu ruas jari kelingking orang dewasa. Berhati-hati ketika mengutip anak batu, kerana ditakuti akan terkutip tahi kambing/unta. Ada kami diberitahu yang kawasan Muzdalifah ini digunakan sebagai kawasan ternakan binatang di luar musim Haji. Betul atau tidak kurang pasti pula..

Selepas berdoa dan cukup jumlah kutipan untuk empat kali melontar, saya dan suami membentang tikar dan tidur kerana tersangat letih. Tidak kami pedulikan orang-orang disekitar kami. Sejuknya cuaca juga tidak kami pedulikan.

Jemaah sekitar mengejutkan kami dari tidur apabila apabila bas tiba tepat pada pukul 3.30 pagi (pada mulanya dijanjikan pukul 12.00 malam).

Bagaimanapun kelewatan itu tidak dirasai kerana kami khusyuk hanyut dalam tidur yang lena!! Alhamdulillah..

Bas membawa kami meninggalkan bumi Mudzalifah dan menghala ke bumi Mina yang mulia, hanya beberapa minit sahaja dari Mudzalifah.



1 comment:

  1. Maktab kami (92)tiba agak lewat di Muzalifah, saya mengalami batuk yang amat sangat di sini seolah macam nak kena asma...disbbkan debu & asap rokok (mmg ada jemaah lelaki yg merokok) saya mmg allergic ngan debu...terpaksa pakai mask & kena bayar dam....Alhamdulillah, batuk hilang setiba di Mina.....

    ReplyDelete