Commercial Break

Monday, January 23, 2012

Day 7 (30 October 2011 ) Part 3- Pergaulan 'bebas'

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "

Surah AnNisa' Ayat 1




Di masjidil Haram, tiada bidai yang memisahkan antara tempat lelaki dan perempuan. Maka, di musim haji terutamanya semasa jemaah terlalu ramai, walaupun ada pegawai masjid yang menjaga agar tiada percampuran antara lelaki dan wanita semasa sembahyang, tetapi terdapat juga mereka yang "terlepas'. Seperti dalam gambar dibawah, suami dan isteri yang sembahyang bersama.

Kalau di dataran tawaf, pegawai masjid 'terpaksa' bertikam lidah dengan jemaah wanita yang 'degil' untuk di usir dari dataran apabila hampir tiba masuk solat fardhu, tetapi di kawasan berhampiran tempat solat jemaah wanita, lain pula ceritanya. Ramai jemaah lelaki yang menyelit untuk bersembahyang bersama isteri, emak atau saudara mara mereka.




No comments:

Post a Comment