Commercial Break

Monday, January 23, 2012

Day 7 (30 October 2011 ) Part 2: Bersembahyang di dataran Kaabah dan gambar-gambar Kaabah

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Surah Ibrahim Ayat 37.



Hari ini adalah hari yang bermula dengan amat baik sekali! Pertama kali saya dapat bersembahyang di dataran Kaabah bersama suami semasa Qiyamullail sebelum Subuh. Perempuan tidak berpeluang untuk sembahyang disini semasa sembahyang fardhu. Kerana itulah sekiranya mahu bersembahyang di sini, saya perlu berada di sini dengan memastikan pada ketika itu jarak masa dengan solat fardhu agak jauh.

Pegawai masjid akan menghalau kesemua jemaah wanita dari dataran kaabah lebih kurang 30 – 45 minit sebelum solat. Kadang-kadang agak melucukan juga melihat aksi pegawai-pegawai masjid melayan karenah jemaah wanita yang agak liat untuk bergerak apabila dihalau. Macam-macam alasan diberikan dan kadang kala keadaan menjadi agak tegang apabila mereka bertikam lidah. Ini kerana, terdapat sesetengah mazhab yang membenarkan perempuan untuk bersembahyang bersama lelaki dalam satu saf. Sepanjang pemerhatian, jemaah yang selalu bertikam lidah ni datangnya dari Turki, Iran dan Iraq. Mungkin Syiah? Wallahua’alam..

Dan pegawai-pegawai masjid ni memang dah hafal pelbagai bahasa untuk menghalau jemaah wanita yang datang dari pelbagai benua. Maka jangan terkejut kalau tiba-tiba terpacul “Hajjah, Hajjah, dosa Hajjah, solat belakang Hajjah! Tak boleh Hajjah!” dari mulut pak-pak Arab ni! Kurang pasti memang mereka fasih pelbagai bahasa atau pandai menghafal ungkapan-ungkapan tertentu sahaja..

Alhamdulillah, sepanjang kami berada di sini, tidak nampak pula berlaku sebarang kekerasan. Pengajarannya:

-   sentiasalah hormati orang yang bertugas merangkap tuan rumah di Masjidil Haram  ini..
-    Islam itu begitu banyak variety dengan pelbagai mazhab yang berbeza-beza! Jadi kita perlu menghormati pendapat yang lain (kecuali yang terlalu menyimpang dari syariat asas) dan tidak perlulah kita bertekak dan bertegang dalam soal ibadah

Mudah bagi lelaki kerana mereka boleh sentiasa beribadat di sini setelah mendapat tempat. Jika mahu bersolat waktu di saf-saf hadapan di dataran Kaabah, mereka juga boleh estimate untuk menghabiskan tawaf mereka sehingga betul-betul masuk waktu solat. Sebabnya sekitar 10-15 minit sebelum azan, para jemaah akan mula membuat saf-saf disekeliling Kaabah bermula dari saf yang paling hadapan sekali. Jika berada pada waktu panas terik (i.e. solat Zohor dan Asar) peluang lebih mudah sebab tak ramai yang sanggup membiarkan diri mereka di jamah sinaran matahari!

Bagi wanita, perlu keluar dari tawaf lebih kurang 20 minit sebelum azan solat untuk memudahkan keluar dari kawasan dataran kaabah. Jika tidak bersiap-sedia lah untuk ‘bertempur’ dengan saf-saf lelaki yang telah dibina. Jika tidak cekal akan ‘terperangkap’ di antara saf-saf tersebut. Jika pun berjaya melepaskan diri, sukar juga untuk mencari tempat solat di kawasan wanita kerana ianya telah di penuhi jemaah wanita. Mungkin juga akibatnya terpaksa bersembahyang di kawasan yang sesak contohnya di celah-celah tong air zam-zam atau di anak tangga.

 
Sembahyang kat sini sangat best, dekat sangat dengan Kaabah...













Bercerita mengenai dataran Kaabah rasanya tak lengkap jika tak bercerita mengenai sejarah Kaabah itu sendiri.


Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa  bahawa di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur.


Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur.

Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu.  Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat sebelum  runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang.

Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith (anak Nabi Adam)
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)
Kat bawah gambar-gambar Kaabah dari Miss Google



1880an



1950an



Kaabah tahun 50 an

lagi gambar Kaabah zaman dulu-dulu


Pintu Kaabah zaman dahulu



Ni pintu lama juga, tapi baru sikit daripada yang kat atas tu
yang ini baru...
                                                
Yang ni moden sikit lagi tapi lama jugak

Tangan-tangan yang memegang pintu Kaabah (multazam) sekarang. Multazam adalah salah satu tempat yang mustajab doa.



                                        
Suasana pembangunan dalam Ka'abah suatu masa dulu

Interior Kaabah



Dinding Kaabah bila bidai di buka

 Ada apa di dalam Kaabah?

Menurut Ketua Islamic Society of North America yang berkesempatan masuk Kaabah pada tahun 1998, berikut adalah gambaran di dalam Kaabah:-

-Didalamnya terdapat 3 tiang
-Ada meja untuk meletakkan minyak wangi
-Terdapat dua lampu lentera yang digantungkan
-Ruangan cukup untuk menampung 50 orang
-Tidak ada lampu elektirk di bahagian dalam
-Tembok dan lantai di perbuat daripada marmar
-Tidak ada jendela di bahagian dalam
-Hanya ada satu pintu

Gambar-gambar di bawah di ambil daripada ALharamain.gov.sa

Bidai hijau dalam Kaabah


Bidai merah dalam Kaabah


Bidai di pintu Kaabah


Cincin tembaga yang memegang qiswah (bidai) Kaabah


Contoh asas binaan Kaabah yang dibina semula pada tahun 65 hijriah


Frame Hajar Aswad pada zaman Khalifah Uthman r.a


Keratan Qiswah Kaabah


Khat yang dinukil berdekatan dengan telaga zamzam di masjidil haram pada tahun 1299 Hijriah


Mimbar khutbah di masjidil haram pada tahun 1240 hiriah


Mizab Kaabah yang di gunakan pada tahun 1273 hijriah


Penutup maqam Nabi Ibrahim

Pintu Kaabah





Pulley zamzam yang digunakan sejak kurun ke 40 hijriah yang diperbuat daripada tembaga
Tapak kaki Nabi Ibrahim



Gambar terbaru dalam Kaabah


Ustaz Haron Din juga pernah memasuki Kaabah. Berikut pengalaman beliau.

No comments:

Post a Comment