Commercial Break

Monday, January 30, 2012

Day 11 ( 3 November 2011) - Pintu kegemaran di Masjidil Haram (Babul Fatah, BabusShameia & BabunNadwa)

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :
" Hampir pada waktu Kiamat orang-orang kaya dari umatku akan melakukan Haji kerana pengembaraan dan percutian. Orang-orang golongan pertengahan akan melakukan Haji untuk tujuan-tujuan perniagaan, mereka mengangkut barang-barang dagangan daripada sini ke sana dan membawa barang-barang dagangan daripada sana ke sini. Ulama-ulama ( ahli-ahli agama ) akan menunaikan Haji untuk ditunjuk-tunjukkan dan mencari kemasyhuran. Orang-orang miskin akan menunaikan Haji untuk tujuan meminta sedekah."- ( Kanzul 'Ummal )


Di Masjidil Haram, kebiasaannya saya akan memilih untuk tidak solat di sebelah Jemaah Haji dari Malaysia. Tujuannya adalah untuk benar-benar menumpukan perhatian dengan beribadah dan mengelakkan diri dari berborak-borak. (Jangan salah faham...bukan sombong ya!! Saya sememangnya tidak dapat mengelakkan diri dari berborak sekiranya bersembahyang di sebelah jemaah haji Malaysia. Ya, bayangkan kita bertembung dengan rakan senegara di rantau orang. Pasti banyak perkara yang dapat dibualkan apabila bertemu)

Saya juga akan cuba mengelakkan diri dari bersembahyang bersama dengan Jemaah Haji dari Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh, etc) atau yang seumpama dengannya. Bukan kerana apa tetapi mungkin faktor pegangan mazhab yang berbeza membuatkan amalan-amalan ibadah mereka agak lain daripada apa yang kita lakukan.

Bersembahyang di sebelah mereka akan mecuri tumpuan saya dan menyebabkan saya tidak kusyuk terutama apabila mereka gemar membetulkan selendang panjang mereka semasa solat, jambul yang terkeluar dari dahi mereka dan kekadang yang peliknya dua rakaat pertama mereka sembahyang berdiri dan dua rakaat seterusnya mereka sembahyang duduk. Iman saya tidak cukup kuat untuk tidak tertanya-tanya di dalam hati semasa sedang solat. Harapkan solat yang kusyuk, lain pula jadinya. 

Namun tidak semua mereka begitu. Sebahagiannya sahaja.

Mereka ini biasanya kita akan nampak dari jauh lagi, sebab mereka gemar duduk berkumpulan.Lagipun, jumlah mereka juga agak ramai. Sebagai contoh, kuota haji rasmi Pakistan adalah sekitar 180 ribu orang dan India sekitar 170,000 orang tetapi yang pergi mengikut kuota haji negara lain dan juga secara ‘walk-in’ (i.e. perkerja, peniaga di Saudi) mungkin mencecah 2 kali ganda dari kuota rasmi. Bandingkan dengan jemaah haji Malaysia yang hanya sekitar 28 ribu orang.

 
Selalunya sejurus tiba di masjidil Haram, suami dan saya akan membawa haluan masing-masing. Apabila tiba waktu untuk berjumpa semula dan pulang ke hotel, kami akan berjumpa di pintu yang kami janjikan terlebih dahulu. Jika dulu kami sering berjanji untuk bertemu di Babul Fatah, sekarang tidak lagi. Kami akan berjumpa di pintu kegemaran kami yang terbaharu, iaitu BabusShameia atau BabuNadwa. Babul Fatah tidak lagi menjadi pilihan kerana terlalu ramai jemaah menggunakan pintu utama ini untuk keluar dan masuk masjid. Babul Fatah sangat sesak.


BabusShameia atau BabuNadwa kini lebih di sukai kerana pintu yang terletak di sebelah Babul Fatah, di ikuti oleh Babul Umar Farouq dan seterusnya BabuNadwa dan BabusShameia ini, lokasinya agak tersorok. Tidak ramai yang perasan akan kewujudan pintu ini.

Saya akan bersembahyang tidak jauh dari pintu-pintu tersebut.

Berjanji untuk berjumpa di pintu atau lokasi yang tertentu di Masjidil Haram adalah amat penting untuk mengelakkan daripada tersesat kerana Masjidil Haram amat besar. Silap gaya boleh sesat. Alhamdulillah, selama berada di masjidil haram saya tidak pernah sesat atau terpisah dari suami tidak kiralah semasa tawaf, berjalan-jalan atau selepas solat. Jemaah haji yang sesat adalah perkara biasa di sini. Yang hilang pun ada juga. Selalu juga kami terserempak dengan jemaah-jemaah yang meminta bantuan arah untuk ke pintu-pintu atau tempat-tempat tertentu. Mohonlah kepada Allah agar dilindungiNya.


Gambar di bawah adalah Babul Fatah.

Menurut riwayat, Rasulullah S.A.W telah memasuki Masjidil Haram melalui pintu ini semasa penaklukan Makkah pada 20 Ramadhan 8 A.H.



                                               sumber: gambar dari google


Rasululah s.a.w di percayai sering menggunakan pintu Marwah dan Babul Fatah untuk masuk ke masjid.


Gambar di bawah ini pula doa yang ajar oleh Jibrail a.s sewaktu orang Kafir mencari Rasullah S.A.W di rumahnya.



sumber::google


Bulatan merah kat bawah tu pula ialah bekas kawasan Darun Nadwah. Saya percaya pintu masuk BabunNadwa di ambil sempena nama ini. Darun Nadwa terletak di sebelah North-west Kaabah, ianya merupakan tempat perhimpunan orang-orang Quraisy Mecca. Ia merupakan parlimen Mekah pada ketika itu.



(sumber The History of Makkah Mukarramah – Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani When the Moon Split - Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri Al-Islam.org)

Pemandangan sekitar kawasan Asshameia and Annadwa yang diambil oleh kami dari atas.






sumber: of course http://ijaie.blogspot.com/ !!





Walaupun selalu memilih untuk tidak solat di sebelah jemaah haji Malaysia, tetapi kadang-kadang takdir Allah menemukan jua saya dengan jemaah haji Malaysia. Seperti Solat Subuh di pagi ini. Kakak yang solat di sebelah saya ni rasanya tua sikit je daripada saya. Bertukar-tukar senyuman dan tiba-tiba dia bertanya mengenai anak.

 

"Berapa tahun yang paling muda?" Dia menyoal


"Setahun setengah," jawab saya.

"Susu badan?," tanyanya.

 Erk..macam tahu-tahu jer akak ni.

 "Ya," kata saya.

"Takpe, boleh sambung balik lepas balik ni." katanya.

"Bolehke?" dalam hati sangat teruja. Sebenarnya walaupun susu agak mulai sedikit selepas sebelas hari di sini, tetapi ia belum lagi kering sepenuhnya..

"Ya, psikologi ibu dan baby nak stimulate. Boleh makan ubat juga," terangnya.

Rupa-rupanya di Malaysia beliau adalah seorang jururawat. Ketua jururawat. Dia menerangkan, sekiranya susu kering pun, boleh minta doktor rekemen ubat "stemetil" . (maaf kalau salah ejaan,daripada bukan pakar ini.) Stemetil dimakan 1 biji 4 kali sehari.

Ada harapan di situ. Kalau saya tak dapat merealisasikannya, mungkin ada orang lain di luar sana yang diberi rezeki olehNya. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Salam, saya tinggal di Qasr Al Shourouq, Maktab 89 (KT 9). Jemput juga jengah pengalaman saya di talbiah.blogspot.com

    ReplyDelete