Commercial Break

Sunday, January 22, 2012

Day 7 (30 October 2011 ) Part 1: Dam

Dam: Ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembilan atau digantikan dengan makanan atau puasa.

"Semalam saya telah membasuh rambut, dan selepas menepuk-nepuk kepala tanpa menggosok walau sedikit pun..2 helai rambut saya telah jatuh..adakah saya dikenakan dam?" Tanya suami saya.

Ya, seseorang itu wajib membayar dam apabila ia berada di dalam ihram dan melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. Menanggalkan rambut atau bulu daripada badan ialah salah satu larangan dalam ihram.

Suami saya tidak sengaja, adakah dia perlu membayar dam? Akhirnya kami berjumpa ustazah untuk bertanya mengenai kemusykilan itu.

Jawapannya ialah ya. . Bagaimanapun dam yang perlu dibayar bukanlah tergolong antara dam-dam utama (i.e. major) seperti yang dipelajari dalam kursus-kursus haji.

Suami perlu membayar dam sebanyak 5 riyal untuk satu helai rambut selagi jumlah rambut yang gugur tidak melebihi 3 helai dalam satu insiden. Kalau lebih dari 3, dah masuk kategori dam utama.Dam yang perlu di bayar ialah Dam Takhyir dan Takdir sahaja..

Saya juga perlu membayar dam beberapa hari selepas itu kerana sangat tidak tahan dengan kegatalan rambutku ini. .

Bayangkan kalau berada di Malaysia, dua hari sekali saya akan membasuh rambut, siap super gosok lagi. Dalam ihram boleh basuh gitu-gitu ajer..tak boleh GOSOK lansung..SIKAT pun tak boleh..kalau gugur siapla kena dam. Kerana takut di kenakan dam..semasa dalam ihram sekiranya mahu membasuh rambut, saya hanya akan membiarkan air lalu di atas rambut tanpa menyentuhnya. Terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan was-was di hati.

Tetapi satu hari kerana sangat tidak tahan gatal saya telah menggaru kepala. Erk..alamak selepas garu baru teringat. Ada la pulak dua helai rambut gugur.

Ustazah memberi tips kepada kami jika rasa gatal sangat gunakan saja pen/pensel dan cucuk-cucukkan mata pen/pensel tersebut ke kepala. Lagi bagus kalau berlapikkan tudung/telekung. Insya Allah rambut tidak gugur. Cumanya jangan disebabkan kesedapan kita tergaru pula dengan pen/pensel tersebut. Gerenti rambut gugur!

Kami berdua membayar dam dengan memberi sedekah kepada pekerja-pekerja masjid yang rata-rata hanya mendapat upah 500 riyal sahaja sebulan. Selalunya mereka beruniform hijau atau coklat krim. Mereka berkerja dengan ikhlas walaupun gaji di luar sana lebih mahal.

Berdasarkan sembang2 dengan mereka, seronok kerja di Masjidil Haram ni. Boleh bertakbiratul ihram bersama imam ketika setiap waktu bekerja. Dan sedekah yang mereka terima terutamanya musim haji juga alhamdulillah agak hebat..

Walaupun sepanjang jalan ke luar masjidil haram beratur peminta sedekah, tetapi keberatan untuk menghulurkan wang kepada mereka kerana kami percaya mereka ini sendiket meminta sedekah. Yang kanak-kanak, berpura-pura tangan kudung. Kanak-kanak kudung ini jugalah yang berlari dengan bertenaga dan laju semasa di kejar polis, yang mana kami secara tak sengaja terserempak dengan mereka di Safwa Towers. Semuanya ada tangan...

Lagi pun kami tengok semua yang minta sedekah di jalanan adalah mereka yang badan besar-besar dan berisi..kalau tak cukup makan mestila kurus keringkan..?

Jadi bersedekahlah kepada mereka yang anda rasa layak menerimanya...

No comments:

Post a Comment